Apr
21

kenapa aku cpt sensitif ni?

salam.
adoiya.
nape aku cepat nak sensitif nak nanges2 ni?

tuesday,april 21.
11.07am.

tiba2 aku termenangis.
aku masuk satu forum.
aku post topik.
aku perlukan bantuan.
bantuan dalam menyiapkan projek aku.
kalau aku hebat n serba tau semua,takdela aku mintak bantuan orang lain.
tapi respon dr sorang otai ni amat2 mengecewakan aku.
aku tau dia taknak aku putus asa n suruh aku cuba lagi.
tapi,aku dah cuba cari dan tak jumpa!
kalau tak,aku tak terhegeh2 tanya orang tentang benda tu.

dan tiba-tiba aku menangis.
bangun2 tido dah menangis.
aku sgt2 sedih sebab dia langsung tak membantu aku.

ayat aku:
” bantula aku.
aku dh try dgn bantuan google.tp tak berjaya.
kalau ko lagi arif, bantulah aku…
aku betul2 perlukan bantuan…”

ayat dia:
“aku takleh terima ayat ni. sila cuba lagi”

pastu aku reply

“huhu.
okay takpela.
terima kasih.

takpela,biar sy ikhtiar sendiri n tawakal je”

biasala,time2 kita susah mcm ni ramai yang buat tak endah n jual mahal nk bg bantuan.

pasal forum ni takyah la aku cakap forum apa.
sebab aku pun dah kecik ati sangat2.

sekian dari aku yang termenangis pagi2 buta.

Apr
21

salam

bujang.

seronok.
kebebasan.

” wey, ko bila nak kawen hah? ”
” dulu kemain lagi ligat , skg takkan tak laku kott..”

hahah!
kawan-kawan ya,

aku tau dulu aku ligat.
aku tau dulu aku kapel bagai nak rak.
tapi tu dulu punya cerita.

aku dh bukak buku baru la.
cover buku ng mukasurat dia semua dah lain kot.

Dulu,
mungkin aku gelabah tgk sekeliling aku.
tengok mereka dah tunang.
dah kawin.
dan ada anak masing2.
dah ada komitmen yg kukuh.
dan punya pacar yang saling sayang-menyayang.

ya, dulu mungkin.
sekarang aku tak gelabah lagi.
aku dah nampak apa yg perlu aku tunaikan dulu sebelum aku menukar status perhubunganku.
aku masih punya misi dlm halatuju hidupku.

ya kawan2.
kata la nak kata apa pun .
aku dah tak kisah.
aku dah tak amik peduli.

aku percaya pada jodoh aku.
insya allah pasti ketemu juga.
nantikan la saja kan :)

tapi!
kalau ada miak sawak mok gerek ng aku.
aku still available!
(promosi khas utk swkian shj :P )

tapi, untuk gerek2 saja tauuu .
heee…heee..ngegeh ooo!

Apr
20

salam

yehha!

semalam baru pulang dari sawak kenyalang la oi!

mau dengar cerita?

dulu dulu…( beberapa bulan yg lepas2 )
ntah mcm mana tetiba terasa nk intai2 airasia.com
tetiba cam perasan ada promosi yg akan berakhir dlm beberapa jam lagi!

intai punya intai..
nampak promosi ke sawak dengan hanya RM 100 sekali ng return !
siap nk order makan + bagasi ( tapi tolak insuran sbb mahal rm15 :P )

pastu kepala dah ligat2 dah terpk..aaaaaa..ni la masanya mau ke sawak!
pastu terpikir…nak pegi ng sape ehhh…
mangsanya mestila kakak kandungku sedirik,cik audi aiman kite..heeheee..
dia pun memang on je bab2 jalan ni..lagi2 sawak la kan :)

so tket pun selamat dibeli utk 3 orang.
tapi last mnute org ke-3 tu tarik diri sebab ada exam.
jadi tiket dah burn RM100.
tapi tak kesah pun sbb seat yg kosong tu bole taruk bag kami yg amat banyak.heeehee.

okay.
seterusnya.
beberapa hari sebelum hari pelepasan.
satu kampung dah ku warwarkan ttg pemergianku ke sawak!
oh bukan selalu nak merayap jauh kan..
siap buat kajian lagi dlm internet tgk apa orang kata ttg sawak.
ape menarik sana, ape makan bes,mana hotel bes,dan mcm-mcm lagi!

sblm ke sana.
dah book satu tpt penginapan yg sangat ok!
dekat ng waterfront dah sebelah hilton je.
pun dah book kereta sewa (kembara) ng driver skali = RM190.
minyak hanya tambah RM50 utk pusingan satu hari.

Jadi pd hari pelepasan.
berangkat ke LCCT agak lambat heeheee…
lupa dah langsung tak ingat yg counter close 45 sebelom!
45 sebelum tu kami masih dalam kereta dr cyber memecut ke LCCT yg letaknya kira2 30km !
memang pecut tak ingat la kan…habis meter!
pastu..tak penah2 dengkil tu jem..jem plak aritu!
dlm hatiku dah pasrah..memang rasa mmg dah terbang je tiket ke sawak tu.

pastu gelabah la nak cari no tepon airasia.
konon2 nak suruh dia tlg bookingkan tempat ke.
call punya call..si air asia ni cakap
” maaf cik, kalau counter dah close kami tak dapat buat apa2.cik kena beli tiket baru”
adoiya nak nanges nye rasa …
tiket baru on d spot satu hala RM366 kot!!

Tapi,atas nasihat teman n kakak,kami troskan gak ke LCCT tu wpun tau kaunter dh tutup.
kami sampai 5 minit lewat.hanya 5 minit kawan kawan sekalian!
kaunter mmg dah tutup!

tapi kami masih berusaha.
last2 kakak g tanya satu kaunter.
dia cakap

” adik try g kt kaunter last tu.try tanya bole lagi tak ”

kami pun berlagi2 gegas ke sana.

” abang, ke kuching 2 orang.tiada bagasi.bole bang? ”

abang india tu pn amik interkom

” kuching 2 orang. takde beg.bole ke?”

interkom jawab

” kuching..okay cepat2 .sekarang2! ”

lalu..kami pn bg IC utk cek in.berjaya dpt tix ke kuching.uhyeah!

pastu lari hamek beg dan cek in :)
tengok kat Gate 1 masih beratur lagi manusia yg mau ke kuching.
kami selamat :)

kakak kena tahan sbb bwk screw driver.heee heeee…

apa kisah sy dlm flight dan apa kisah manis sy di sawak??
nantikan!!

Apr
14

Salam

Terasa ingin memblog pula :)

Hari ini aku telah melaburkan sejumla wang simpananku untuk membeli…

kibod dan tetikos tanpa wayar ( microsoft )

dan

baju ( rumah ) baru untuk telefon bimbitku ! ( SonyE K618 )

alkisah tentang kibod dan tetikos tanpa wayar.

minggu lepas, lepas cuti midsem bile aku balik kolej.
aku try on pc, tiba2 pc okay je on tapi kibod aku plak aku tekan2 hentak2 taknak bernyawa.
aku cucuk2 port die..gegar2 sket kibod ni..still tadak respon.
hangin jugek….!
pc bole on tapi tak mampu beroperasi dengan sempurna.
cacat tangan oh!

aku terpaksa meminta bantuan OSK.
tu pun terkial2 nak menaip.
atas sebab kurangnya kesabaranku, aku nekad membeli kibod baru!
sebab terdesak, aku beli jek kibod kat SK dengan harga yang amat murah.
murah memang murah tapi bila test pakai..oh sangat kerasnya! tak mesra alam lgsg.
tapi apa nak buat..dah beli guna je la :)

pastu sampai la tadi bila merayap kat sri computer lowyat.
ternampak promosi kibod n tetikus tanpa wayar
agak murah dalam rn30 dari harga sebenar.
aku pun angkat la ape lagi..heee heeee…

skg tengah menggunakan kibod n tetikus baru.
masih terasa janggal !! woot!

alkisah tentang baju ( rumah ) baru untuk telefon bimbitku ( SonyE K618 )

telefon Sony E ni kubeli 2 tahun lepas pada tanggal harijadiku.
adikku menghadiahi ku sejumlah wang untuk ku untuk membeli henset ni.
masa tu tefon ni mahal wuuuu….
rupa biasa2 je tapi maybe sbb ada 3G sbb tu mahal kan.
tapi takpe,tak ramai pakai henset ni.
jadi aku suka! :)

baru2 ni tefon ni buat hal plak setelah asek jatuh secara TAK sengaja.
mula mula macam takde kesan sangat,gagah jugak henset ni.
tapi lamaaa lamaaa dah berusia dan dah mula buat perangai.
dah selalu nak bateri kong dah selalu nak off sesuke hatiii jekkkkk…!
pastu pulak,skrin henset ni pun dah berkedut tua sebab…
aritu masa tengah urut2 ummi aku, dengan minyak panas..
sambil2 tuh tgh sms ng kawan2..
jadi penangan minyak panas tu melekat kat skrin tu sampai rosak kot skrin!
3G dah kedut2 heheh bila orang call memang tak nampak rupaa dah..heeee~

Walaupun rosak, aku nekad nak repair dan bagi nyawa baru kat henset dari adik aku ni.
Jadi tadi aku gi beli la baju baru untuk henset ni.
mahal wooo barang original sony E ni.
sama rege ng angkat henset baru kot.
tapi aku masih sayangkan henset ni.
taknak henset baru lagi.
henset ni masih berupaya memikat hatiku.
dan tadaaaa…henset aku dh berubah penampilan.
makin kacak dah suci !
dah macam henset baru!
dan aku jadi sangat suka ! :) :P

jadi total hari ini utk joli = RM300 lebih kurang. ≈cry≈   ≈cry≈   ≈cry≈

wuuu…kena simpan duwett nak pegi sarawak lagi 4 harii!!

oh kucheng….tunggu kamek datanggg oooo~!! :) ≈mrgreen≈   ≈mrgreen≈

Apr
10

1

1

1

1

please vote !! :P:P