Archive for the Category »Informasi «

Feb
06

Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le….tahyul semua tu.
Fenomena kene tindih…kepercayaa n dan kebenaran…

just to share…

aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings,
byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni…….
betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari,
terasa berat kat dada…
nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ….

kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena….aku pun jujur pernah ade pengalaman kena ‘tindih’ ni masa skolah menengah dulu…
aderla dalam 3-4 kali jugak….masa tu aku sedar…boleh bukak mata separuh….. .
aku tau aku sedar…tapi takleh gerak…kadang2 geram, sbb takleh gerak…..pastu 5 minit baru leh gerak…..aku dulu pun takut…mmg ingat kena hempap dah…lps boleh gerak tu seram sejuk jer…

tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia….. .
baru la aku tau kebenaran dia….
ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer ’sleep paralysis’

Sleep paralysis
atau dimelayukan ‘lumpuh waktu tidur’…
adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). . …
temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement….

waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage…..
otak akan bagitau badan kita suruh rehat…
so, badan kite kira macam switch off kejap….
REM atonia (tader muscle tone)……

ok, otak kiter pun ader switch off button…..
dipanggi l reticular activating system RAS…….
bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni…
so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on….
kirenyer screensaver laaa or hibernate… so,, bila kita bangun, RAS switched on balik……
kita sedar fully awake state….

tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter….
maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika…
before otak activate balik….mmg menakutkan tapi benar….
tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..
kadang2 partial atau sebahagian jer…tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc…..

Satu lagi,  sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations
( halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual
(nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:

1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni…penat sgt)
4. stress yang byk kat otak…masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal….heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu…

Korang lagi hantu sebenornye.. …….
tapi kalau korang yang terutamanaya kaum wanita tu kalau celik jer mata tiba2 kena tindih dek laki (suami)

jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki..bacalah Alhamdulillah!!!! (keh..keh..keh. ..)

Category: Informasi  2 Comments
Feb
06

salam
info ni atyya dapat dari email kakak atyya,kak audi.
inbox dia banyak bahan2 ilmiah
tajuk emel ni menarik.
jd try la nak baca.
menarik gak fakta2 dia.
jum membaca :)
nak share……. …..
Renungkanlah sedalam-dalamnya. ……

Tidak,

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya.

Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.

Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.

Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat.

Dan usia 35tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang.

Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan

biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.

Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu.

Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama..

Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga.

Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. ”

Seorang teman pernah berpesan..

“Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..

Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..” ”

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…`

.

Dec
22

pelaburan

semua pun tau
tak lama lagi (tahun 2009 ) ekonomi bakal gawat!
mungkin lagi terok dari yang dulu.

jadi.
anda rasa bijak tau kalau kita melabur sekarang?
mengeluarkan sejumlah wang yang agak banyak.
untuk melabur pada sebuah company yg belum pasti kekukuhan ekonominya.

orang cakap.
kalau nk buat pelaburan.
melabur dengan saham atau dengan emas!
sebab nilai saham skrg tgh susut,sesuai beli saham skrg.
nanti 2,3 tahun saham dh naik,kita jual balik!

emas pula.
macam minyak.
mungkin harga emas akan turun tapi dia akan naik mendadak jugak.
dan susutnya nilai emas tidak la terlalu ketara kan.

tapi.
bagaimana dengan melabur wang?
terjaminkah?
atau semua ikut pada nasib je la kan.

nama pun nak melabur.
kena la berani ambil risiko!

Category: Informasi  2 Comments
Dec
22

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Category: Informasi  Enter your password to view comments
Nov
19

hati tawar
hati hambar
hati kosong
hati lesu
hati sepi

betol.
itu mainan hatiku sekarang.

aku tak rasa nak itu.
aku tak rasa nak ini.
aku tak rasa mau kan sesuatu.
aku tak rasa mau kan sesuatu itu sekarang.

aku hanya mahu kan sesuatu yang pasti
aku hanya hajatkan sesuatu yang pasti terjamin kebaikannya

teruja?
hanya pada permulaan

makin hari makin hilang
makin kosong perasaan ini
makin hilang ntah ke mana

sekarang.
tidak lagi teruja malah tidak langsung mengharap
aku lagi bebas membawa diri
tidak tahu apa benar benar yang aku inginkan

ah! nanti aja.
pasti hati hati ini berperasaan kembali
esok saja la ye!

≈roll≈ ≈roll≈ ≈roll≈

Category: Informasi  One Comment