Archive for the Category »ceritera kehidupan «

May
12

jangan terlalu yakin kau sudah kenali aku.
sebenarnya.kau langsung taktau aku macam mana.

jangan terlalu rasa kau ada hak ke atas aku.
sebenarnya.kau langsung takde hak ke atas aku.

jangan terlalu merperbudakkan aku.
sebenarnya.kau yang kebudak-budakan.

jangan terlalu berlagak pandai.
seebenarnya. kau masih jahil.

jangan terlalu ikat aku.
sebenarnya. kita tiada ikatan sah pun kan.

sudah-sudahla eh.
kau hidup dengan cara ko.
aku hidup cara aku.

tak selalunya.
kau menang.
dan aku kalah.

ok?

May
10

hari ibu sedunia

U M M I.
ibu.
emak.
mama.
mom.
mommy.
sayang.

U M M I ku?

NoorLatifah Wan Iberahim.
11 Sept 1957.

Ummi.
timangan yg ku panggil.
sedari usiaku kecil.
buat bonda tercinta.
satu-satunya di dunia akhirat.

ummi.
kau temanku.
kau sahabatku.
kau kekasihku.
kau isihatiku.
kau bulanku.
kau lah ibu.
kau la bapa.
kau la segalanya ummi.

ummi.
usiamu makin meningkat.
kudratmu makin lemah.
namun,kau gagahkan juga.
demi untuk masa depan anak-anakmu.

ummi.
anakmu ini nekad.
sisa sisa usia yang ada ini.
akan anakmu abadikan untukmu.
selagi nyawa dikandung badan.

ummi.
mungkin.
anakmu ini jauh dr pandangan matamu.
namun akan ku pastikan kau sentiasa dekat di hati sanubariku.
akan ku pastikan setiap masa dan detik ku akan menanya kabarmu.

ummi.
dah makan kah ummi?
dah dapat tidur yang secukupnya kah ummi?
dah merehatkan diri dari keletihan bekerjakah ummi?

ummi.
anakmu tau.
kau sunyi dengan hilaitawa anakmu.
rindukan anak2mu pulang.
namun,ummi.
kau harus merestui anak-anakmu yang terpaksa jauh mencari rezeki.

ummi.
untukmu ummi.
anakmu doakan yang terbaik.
kebahagiaan dunia dan akhirat.
kgembiraan yang berpanjangan.

ummmi.
anakmu ini nakal kadangkala.
namun jauh di sudut nakal anakmu ini.
terselit satu cita-cita.
anakmu berjanji.
akan membahagiakan dan menggembirakan mu.
sepanjang masa dan ketika.

ummi.
izinkan anak mu pulang menemuimu sekerap mungkin.
kerna anakmu ingin hari-hari menatap wajah sucimu wahai ummi.

May
08

9th may

oh dot com ku.
lamanya tak kita temui kan?

aku mula risau.
chuak.
gundah.
gulana.

risau.
kau hilang tanpa kesan.
chuak.
andai kau dihapuskan tanpa permisiku.
gundah.
kiranya kita tak dapat ketemu lagi.
gulana.
kerna terlalu rindukan mu sang blog!

okay.
namploh telah ku pindahkan.
dan kini kita akan bersama utk jangka hayat setahun lagi!

sang blok.
banyak yg ingin ku ceritakan padamu.
banyakkkkk kisah suka dan duka.
dan aku kini telah berubah blog.
ya berubah !

akan aku kemaskini entry ku dari semasa ke semasa dengan cerita terkebelakangku okay!

Apr
21

okay !

sebab  busy kan.
tak sempat nak jumpa ng kawan2 aku
tak sempat nak lepak borak2 ng korang
tak sempat nak keluar makan
tak sempat nak enjoi amik gambar
dannn tak sempat nak bercerital percutianku di sawak kan?

ok meh dengar aku cerita sini.
jadi aku takyah cerita benda yang sama ulang2 kali.
:)

ok.
lps dah berjaya menaiki pesawat.
kami( kakak + adik ) dok kat kat seat 6D 6E 6F
kami ada extra satu seat .
jadi tpt kosong tu kami letak la brg2 kami yg agak banyak juga (sebab tak dpt letak kat bhgian bagasi kan )

perjalanan hamik masa satu jam 40 minit.
aku mula2 masuk dah sakai sakai dah

” look at the sky, u r sakai !! ”

waktu peramugari comel dok bagi intruksi pasal pakai tali keledar la blabala..
aku langsung tak amik port.
aku dok sebok amik gambar kot.
bukan amik gmbar pramugari comel
tapi gamba permandangan luar yang sangat lawa :)

nanti aku post image2 bewarna kat dlm entry aku akan dtg.
sekarang hanya penceritaan secara tulisan saja ya :)

okay.
dalam 30 minit berlalu.
aku masih tidak bosan.
aku asek termenung tgk2 benda luar jendela.
sangat lawa…waktu senja kan..

45 minit pastu.
order makanan sampai.
kami dh online order.
tapi bhgian kawan kami ( nasi beriyani ) tak dapat claim sbb dia takde!
juadah saya ( nasi ayam ) dan kakak ( nasi goreng+satay )
sedap jugak ehh….wpun sy makan separuh je.separuh bg kakak.

di luar jendela dah gelap.
dah malam!
takleh hamek gambar dah..sbb sy tak pndai amik gambar malam.
simpan kamera dah :)

tepat jam 835.
selamat mendarat di kuching international airport.
syukur alhamdulilla.

perasaan?
sukar nak digambarkan.
sedih, terharu, gembira..

tempat kenangan aku.
6 tahun lalu.
kini aku kembali ke tempat kenangan aku.
kembali untuk mengutip kembali semua cebisan kenangan :)

sampai airport.
kami takyah berebut2 nak g amik bagasi sbb bagasi di tangan saya!
jadi kami terus berlalu ke green carpet ( tanpa bagasi )

kat luar gate sy dah nampak terpampang

” MISS ATIYYAH NATASYA ”

heee…macam orang VIP plak ada driver tlg jemputkan :p

bila masuk teksi..

” dah lamak tunggu uncle? ”
” eh takla..baru je sampai ”

erm…senyap jap.aku kagum tgk bumi sarawak.
terasa sangat2 kelainannya.

” uncle nama siapa? ”
” JOHN ! tapi islam ”

” oh ya? heeheee..susah nak cam bangsa apa  ”

alamak !
to be continue lagi…ehhe
ada keje!
permisi lagi!

Apr
21

kenapa aku cpt sensitif ni?

salam.
adoiya.
nape aku cepat nak sensitif nak nanges2 ni?

tuesday,april 21.
11.07am.

tiba2 aku termenangis.
aku masuk satu forum.
aku post topik.
aku perlukan bantuan.
bantuan dalam menyiapkan projek aku.
kalau aku hebat n serba tau semua,takdela aku mintak bantuan orang lain.
tapi respon dr sorang otai ni amat2 mengecewakan aku.
aku tau dia taknak aku putus asa n suruh aku cuba lagi.
tapi,aku dah cuba cari dan tak jumpa!
kalau tak,aku tak terhegeh2 tanya orang tentang benda tu.

dan tiba-tiba aku menangis.
bangun2 tido dah menangis.
aku sgt2 sedih sebab dia langsung tak membantu aku.

ayat aku:
” bantula aku.
aku dh try dgn bantuan google.tp tak berjaya.
kalau ko lagi arif, bantulah aku…
aku betul2 perlukan bantuan…”

ayat dia:
“aku takleh terima ayat ni. sila cuba lagi”

pastu aku reply

“huhu.
okay takpela.
terima kasih.

takpela,biar sy ikhtiar sendiri n tawakal je”

biasala,time2 kita susah mcm ni ramai yang buat tak endah n jual mahal nk bg bantuan.

pasal forum ni takyah la aku cakap forum apa.
sebab aku pun dah kecik ati sangat2.

sekian dari aku yang termenangis pagi2 buta.