
sekali aku start blogging,seperti mahu kuceritakan semuanya.
seolah-olah ini diariku,tulisan hatiku hari-hari.
aku masih ingat lagi.
dulu kala,ketika masih kanak-kanak.
aku punyai diary tahunan.
yg didalamnya aku tulis kesemua isi hatiku.
kegembiraan,kesedihan n apa2 saja yang tidak terucap dgn kata-kata.
lantas diari tu aku sorokkan di tempat2 sulit yg sukar untuk dijejaki oleh orang-orang asing.
aku tau mahu orang tahu apa rahsia hati-ku.
pernah,aku menulis dalam keadaan menangis.
kerana tika aku menulis diary tu,aku baru saja tersedar dari tidur.
aku mimpikan satu malapetaka.
mimpi yg ngeri yg melibatkan familiku.
juga,aku menangis dalam tidur.
sedar-sedar aku bangun,aku sudah mengalirkan air mata.
mimpi itu dapat ku ingat dengan jelas ketika aku menulis diari tu.
panjang cerita ku tulis.semuanya ku tulis walaupun benda yg tak masuk akal di dunia nyata.
tapi,kerana mimpi itu la merupakan satu hint / petunjuk kepadaku.
mimpi tu seolah-olah mahu aku sedaya mungkin cuba menerima apa saja kemungkinan yang bakal berlaku pada famili ku kelak.
dah beberapa minggu lepas itu.berlaku la tragedi itu.
tika saat ini,aku masih mengenanginya.
mimpi.
ada yang bole diterima pakai dan ada yang hanya mainan tidur.
tapi bagi aku,aku tidak memandang remeh semua mimpi yang aku alami.
aku cuba renungkan kembali n cuba ungkaikan jika-jika mimpi itu mahu menyampaikan sesuatu,barangkali?
dan kini,aku kerap bermimpi.
masih kerap bermimpi.
ada pendapat mengatakan,jika bermimpi tidak enak,usah diceritakan pada teman.
tidak elok katanya.
dan hingga kini.semua mimpi ku pendamkan seorang.
hanya jika mimpi melibatkan sesuatu baru aku berkongsi dengan teman .
mimpi,cuma mainan tidur?
atau petunjuk kepada sesuatu?









